Satu lagi kisah lawak jenaka yang kita terima bila Perkasa yang dipengerusikan Ibrahim Ali cuba menjemput Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa. Tapi GAGAL!!
Ibrahim kini tak tahu mana hendak diletakan air mukanya sebaek sahaja Tuanku Sultan menolak permintaannya itu dengan cara yang baik sekali. Tuanku menjelaskan bahawa baginda tidak mahu ada sebarang tanggapan yang berunsurkan politik sekiranya baginda menghadiri perasmian tersebut.Sungguh mulia teladan yang ditunjukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini.
Namun disebalik kegagalan itu, Perkasa tidak melepaskan peluang untuk meraih perhatian rakyat dengan menjemput mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir . Jadi kita dapat lihat disini bahawa Perkasa berniat jahat untuk berpolitik dengan melibatkan Tuanku Sultan Selangor.
UMNO-BN yang kini tenat hanya menunggu kehancuran mula menggunakan pelbagai langkah untuk meraih simpati.
Percaturan politik yang sebegini rupa sebenarnya melemahkan lagi UMNO-BN secara tidak langsung mencerminkan bahawa sikap mereka yang terdesak, lebih-lebih lagi untuk merampas Selangor. UMNO-BN kini giat menyebarkan dakyah busuk mereka, sehinggakan Perkasa ini pun menjadi alat bagi mereka supaya kekal berkuasa.
Satu demi satu rancangan mereka untuk melibatkan Tuanku Sultan Selangor tetapi semuanya gagal, seperti kunjungan Muhyiddin ke Istana dan terbaru menjemput Tuanku Sultan merasmikan mesyuarat agung.
Oleh itu rakyat digesa supaya lebih peka terhadap percaturan politik UMNO-BN ini , supaya negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat terus kekal.
No comments:
Post a Comment