Pelbagai kesan buruk akan dialami negara kita selepas serangan keatas gereja dan rumah ibadat yang lain. Antaranya adalah pengaliran keluar modal asing kira kira RM90 bilion. Sumber sumber perbankan mengesahkan , syarikat korporat antarabangsa mengeluarkan simpanan berjumlah USD5 bilion (RM17 bilion) dari dua bank antarabangsa di KL sejal awal Januari ekoran serangan keatas rumah ibadat. Terdapat 13 bank asing beroperasi di negara kita, dan jika setiap bank mengeluarkan purata USD2 bilion, Negara kita akan mengalami 'pendarahan' sebanyak RM89 bilion. Inilah merupakan kesan yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita apabila kerajaan Umno-BN memainkan isu agama sebagai politik murahan mereka.
Fenomena pengeluaran keluar modal daripada syarikat asing adalah kerana mereka tidak yakin kemampuan Umno-BN mempamerkan sistem urus tadbir negara yang adil, telus dan bersih. Perkara ini akan menjejaskan unjuran daripada Kementerian Kewangan bahawa ekonomi Malaysia akan tumbuh sebanyak 5 peratus tahun ini. Kemasukan pelaburan terus asing (FDI) mengalami kemerosotan teruk sejak tahun 2008. Menurut laporan Pelaburan Dunia 2009, yang diterbitkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Malaysia ketinggalan di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura daripada segi FDI. Malaysia mencatat pengaliran keluar sebanyak USD6 bilion (RM20.4 bilion) pada tahun 2008 berbanding USD2.7 bilion (RM9.2 bilion) pada 2007.
Laporan UBS Investment Research mengkategorikan Malaysia sebagai negara paling teruk mengalami penurunan rizab antarabangsa di seluruh Asia pada tahun lalu, iaitu sebanyak 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM355 bilion. Kesimpulannya, negara kita semakin tak menentu akibat daripada permainan politik murahan yang dikepalai oleh kerajaan Umno-BN. Dan perkara ini akan berterusan jika mereka mereka ini terus diangkat menjadi pemimpin negara. Justeru, marilah kita fikirkan bersama.