Friday, February 12, 2010

Nizar masih MB Perak yang Sah!

Ini adalah satu kenyataan!

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah merupakan MB Perak yang sah di sisi undang-undang dan berteraskan kepada perlembagaan negara ini. Ada dua sebab yang paling kukuh untuk menyokong perkara ini:
  1. Nizar menjadi MB adalah kerana beliau diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 dan satu-satunya sebab yang boleh menyebabkan Nizar hilang kuasa ialah apabila majoriti ADUN Perak membuat undi tidak percaya terhadap beliau.
  2. Sultan Perak tiada kuasa untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai MB Perak. Perkara ini adalah bertentangan dengan sistem demokrasi dan perlembagaan Malaysia itu sendiri.
Rakyat hairan mengapa mahkamah telah memutuskan Zambry sebagai MB Perak yang sah. Seolah-olah hak rakyat untuk menentukan teraju kepimpinan negeri telah dinafikan. Ini adalah satu pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen!

Mari kita nyatakan dengan tegas bahawa kita MENENTANG keputusan mahkamah ini dan rakyat mahu DUN Perak segera dibubarkan untuk diadakan semula Pilihanraya Negeri Perak secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © Neraca Rakyat
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com