Wednesday, March 31, 2010

Kaum India Memberi Jaminan Di Hulu Selangor

Batang Kali: Kaum India di sini memberikan jaminan bahawa akan terus tetap dengan pendirian mereka bahawa , mereka akan tetap mengundi danmemberikan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat dalam mengaharungi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini.

Seorang wakil dari mereka berkata, "walaubagaimanapun rintangan yang terpaksa kami harungi, kami akan tetap memberikan sokongan yang padu kepada calon Pakatan Rakyat nanti. Ini saya janj!" katanya dengan nada yang tegas dan bersemangat.

Kita dapat lihat bahawa kaum India di Hulu Selangor tidak lagi menyokong MIC, ini menambahkan lagi derita oleh Samy Velu yang ingin meletakkan G.Palanivel sebagai calon. Samy Velu yang bersedih sejak PRU12 yang lalu akibat daripada hanya 5 kerusi sahaja yang dimenangai oleh MIC seluruh Malaysia.

MIC dan Barisan kini tegang kerana perbalahan antara MIC dan UMNO yang masing-masing ingin meletakkan calon supaya bertanding merebut kerusi parlimen Hulu Selangor ini.

Sunday, March 28, 2010

Presiden Perkasa Wajib Di Kuburkan

Sebenarnya isu pasal Ibrahim Ali ni dah memang menjadi satu titik hitam di dalam hati nurani setiap orang Melayu di Malaysia ni. Macam mana kaum lain nak respect orang Melayu kalau dah perangai presiden entiti Melayu ni macam sampah di Sungai Klang.

Kesnya, Ibrahim Ali ni bersekongkol dengan syarikat perjudian dengan memiliki sejumlah saham di dalam syarikat tersebut. Jadi tak payah la aku nak terangkan syarikat mana tu semua, tapi apa yang aku nak jelaskan di sini , orang seperti Ibrahim Ali ni wajib ditentang habis-habisan!!

Hari ni dia duk sibuk-sibuk berbicara pasal nak bela orang Melayu tapi dia tak tahu yang Melayu ni sinonim dengan agama Islam. Kalau dah cakap Melayu, mestilah Islam, macam mana yang Melayu sekor ni boleh terkeluar plak dari Islam dan menghalalkan judi ?? Ini yang menjadi persoalan pada kita.

Patutkah kita simpan orang seperti Ibrahim Ali ini lagi? atau bukankah oran seperti ini patut diletakkan di dalam ISA? Kenapa UMNO tak sumbat menate ni dalam ISA?

jadi perkara-perkara yang menjadi persoalan ini lah yang membuatkan rakyat sudah meluat tengok umno-BN dan perkara-perkara macam ini lah yang membuatkan BN membuka pekung di dada masing-masing sampai di hujung tanduk.

Jadi kita tak payah la nak turun ke jalanan untuk tanam mamat ni, tapi kita buat apa yang patut kita buat pada PRU13 nanti iaitu dengan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat. Hari ini rakyat adalah hakim yang mutlak yang boleh merobah satu entiti yang telah lebih 50 tahun memerintah dengan cara tidak memberi undian kepada Barisan Nasional.

Saturday, March 20, 2010

Perkasa Dimalukan , Salah Cara Berpolitik


Satu lagi kisah lawak jenaka yang kita terima bila Perkasa yang dipengerusikan Ibrahim Ali cuba menjemput Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa. Tapi GAGAL!!

Ibrahim kini tak tahu mana hendak diletakan air mukanya sebaek sahaja Tuanku Sultan menolak permintaannya itu dengan cara yang baik sekali. Tuanku menjelaskan bahawa baginda tidak mahu ada sebarang tanggapan yang berunsurkan politik sekiranya baginda menghadiri perasmian tersebut.Sungguh mulia teladan yang ditunjukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini.

Namun disebalik kegagalan itu, Perkasa tidak melepaskan peluang untuk meraih perhatian rakyat dengan menjemput mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir . Jadi kita dapat lihat disini bahawa Perkasa berniat jahat untuk berpolitik dengan melibatkan Tuanku Sultan Selangor.

UMNO-BN yang kini tenat hanya menunggu kehancuran mula menggunakan pelbagai langkah untuk meraih simpati.

Percaturan politik yang sebegini rupa sebenarnya melemahkan lagi UMNO-BN secara tidak langsung mencerminkan bahawa sikap mereka yang terdesak, lebih-lebih lagi untuk merampas Selangor. UMNO-BN kini giat menyebarkan dakyah busuk mereka, sehinggakan Perkasa ini pun menjadi alat bagi mereka supaya kekal berkuasa.

Satu demi satu rancangan mereka untuk melibatkan Tuanku Sultan Selangor tetapi semuanya gagal, seperti kunjungan Muhyiddin ke Istana dan terbaru menjemput Tuanku Sultan merasmikan mesyuarat agung.

Oleh itu rakyat digesa supaya lebih peka terhadap percaturan politik UMNO-BN ini , supaya negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat terus kekal.
 
 
Copyright © Neraca Rakyat
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com